Seperti yang kita sedia maklum, pada hari
ini sudah hilangnya adab pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan
yang bukan ajnabi. Pergaulan atau ikhtilat
(bahasa Arab) dalam Islam membawa maksud pergaulan atau
percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat yakni berlaku
interaksi dalam bentuk perbuatan di antara seseorang dengan lain. Iaitu ia
hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khalwat yang
terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan antara
sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan.
TERDAPAT 3 PERINGKAT DALAM PERGAULAN MENURUT
ISLAM:
1.Peringkat berkenalan (taaruf)
·
Untuk membantu kita untuk
saling kenal-mengenali.
2.Peringkat memahami (tafahum)
·
Dapat memahami sifat, latar
belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang
akan menjadi teman kita.
3.Peringkat tolong-menolong (taawun)
·
Dengan tolong-menolong
sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
SENARIO YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM
Aliran Barat/Sekuler
·
Aliran yang mahukan wanita dan lelaki
bercampur sesama mereka semaksima mungkin
Aliran ke Timuran
·
Diwarnai Islam tradisi yang mempunyai
makna dan tafsiran tersendiri iaitu bagaimana seharusnya batas pergaulan antara
jantina
Aliran Kemujudan
·
Aliran ini menunjukkan dalam banyak
masyarakat Islam abad ini, wanita terpenjara dan dinafikan hak-hak mereka yang
sudah dijelaskan dalam Al-Quran.
Jadi, melaui ketiga-tiga aliran ini sudah pastinya
mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam.
ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang
harus ditekankan. Antaranya ialah :
1.Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah
telah berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki
yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan
jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke
dadanya.(an-Nuur:31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki
memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan
Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki
berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari
kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi
ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
4.Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain
daripada suami. Allah SWT telah berfirman;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah
kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan
orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Imam Ibnu Kathir juga berkata;
Ini adalah beberapa etika yang
diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain
tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan
orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir
3/350)
5.Tidak bersentuhan dengan kaum
berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang
ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
APAKAH PUNCANYA PERGAULAN BEBAS INI BOLEH
BERLAKU?
Sudah jelas di dalam Al-Quran dan hadis
tentang bagaimana seseorang itu harus bergaul dengan kaum yang berlainan
jantina dengannya, tetapi malangnya masih berlakunya pergaulan bebas di negara
Islam. Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita telah menjadi perkara biasa
dalam kehidupan hari ini sehingga mengetepikan batas-batas pergaulan dalam
Islam. Pergaulan bebas ini sendiri berlaku disebabkan faktor kurang didikan agama, pengaruh
melalui media massa, dan rakan sebaya, kurang perhatian daripada keluarga dan
rendahnya taraf pendidikan keluarga.
KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS
1.Merosakkan jiwa dan akhlak
·
Akan lahirnya manusia yang mempunyai
akhlak dan jiwa yang tidak sihat kerana terlalu leka dengan keseronokkan
sehingga lupa batas-batas di antara lelaki dan juga perempuan.
2.Menyuburkan penzinaan
·
Dengan pergaulan bebas ini akan
menyebabkan berlakunya zina kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara
mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat.
3. Pembuangan bayi
·
Remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Ini menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum berkahwin.
4. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan
Negara
·
Dengan wujudnya masyarakat yang
bergaul bebas ini, ia akan merosakkan maruah diri sendiri dan juga masyarakat.
Masyarakat akan memandang serong terhadap individu tersebut. Seterusnya ia juga
akan menyebabkan Negara dipandang hina oleh Negara lain.
5. Dimurkai oleh Allah SWT
·
Bergaul tanpa mengikut adab-adab
pergaulan di dalam Islam akan dimurkai oleh Allah SWT
Oleh seperti yang kita sedia maklum, pergaulan bebas
ini memberi impak negatif daripada positif. Melalui pergaulan bebas ini akan
menyebabkan individu terjerumus kepada penzinaan.Pergaulan bebas ini tidak akan
terjadi jikalau semua pihak tidak mengambil berat daripada aktiviti ini
berleluasa. Kita seharusnya mencegah aktiviti ini daripada ia terus merosakkan
akhlak remaja. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dengan
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak mereka, memberi didikan agama
yang sempurna sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu “mencegah itu
lebih baik daripada merawat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan