Konsep Persaudaraan Dalam Islam

 Dari segi bahasa :

– Terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

Dari segi istilah :
– Persaudaraan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur, bermesra dan cinta mencintai antara umat islam tanpa berkecuali. ( AL-QURAN )

– Persaudaraan diertikan lebih kurang sama maksudnya seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Rasulullah SAW menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging, dan roh umat islam sendiri pada keseluruhannya.
( HADITH )

– Terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar golongan yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum iaitu persaudaraan tanpa mengira akidah, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Golongan kedua pula menerangkan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada Nabi Adam a.s itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat. ( PANDANGAN ULAMA ISLAM )




DALIL DAN HADIS TENTANG KONSEP PERSAUDARAAN  DALAM ISLAM 



Persaudaraan (ukhuwwah) dalam Islam dimaksudkan bukan sebatas hubungan kekerabatan karena faktor keturunan, tetapi yang dimaksud dengan persaudaraan dalam Islam adalah persaudaraan yang diikat oleh tali aqidah (sesama muslim) dan persaudaraan karena fungsi kemanusiaan (sesama manusia makhluk Allah Swt.). Kedua persaudaraan tersebut sangat jelas dicontohkan oleh Rasulullah Saw., yaitu mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan kaum Anshar, serta menjalin hubungan persaudaraan dengan suku-suku lain yang tidak seiman dan melakukan kerja sama dengan mereka .

 

 

Allah Swt berfirman tentang persaudaraan,

 

                                                      إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

 “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (QS. al-Hujurat:10)

 

Pada ayat di atas :

Allah Swt. menegaskan dua hal pokok. Pertama, bahwa sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kedua, jika terdapat perselisihan antarsaudara, kita diperintahkan oleh Allah Swt. untuk melakukan iślah (upaya perbaikan atau perdamaian).

 

Apa indikasi dari suatu persaudaraan?

 

Rasulullah saw. bersabda, “Demi Allah yang menguasai diriku! Seseorang di antara kalian tidak dianggap beriman kecuali jika dia menyayangi saudaranya sesama mukmin sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri.” (HR. Bukhari)

 

Selain itu Rasulullah Saw. juga menegaskan, “Seorang muslim adalah orang yang lidah dan tangannya tidak menyakiti muslim lain, dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah.” (HR. Bukhari)

 

Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir ra. Bahwa Rasulullah saw. Bersabda: 

 

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, saling mengasihi, dan saling menyayangi, seperti satu tubuh. Apabila satu organ tubuh merasa sakit, akan menjalar kepada semua organ tubuh, yaitu tidak dapat tidur dan merasa demam.” (HR. Muslim)

 

 

 

Perilaku yang Mencerminkan Sikap Persaudaraan (Ukhuwwah)

 

·                     Menjenguk/mendoakan/membantu teman/orang lain yang sedang sakit atau terkena musibah.

·                     Mendamaikan teman atau saudara yang berselisih agar mereka sadar dan kembali bersatu.

·                     Bergaul dengan orang lain dengan tidak memandang suku, bahasa, budaya, dan agama yang dianutnya.

·                     Menghindari segala bentuk permusuhan, tawuran, ataupun kegiatan yang dapat merugikan orang lain.

·                      Menghargai perbedaan sukur, bangsa, agama, dan budaya teman/orang lain. 




ASAS PERSAUDARAAN ISLAM.



1)Akhlak yang mulia.

Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam. Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala laku perbuatan yang mulia yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

Akhlak Umum :
Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang disenaraikan di bawah ini. :

a. Bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya. Kerana ia merupakan perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang. Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan menimbulkan kebencian.

b. Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling hormat-menghormati.

c. Akhlak umum yang disarankan oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya perkara kebajikan dan berusaha menghapuskan kemungkaran. Tentang peranan kedua-dua unsur akhlak ini tadi di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat menonjol sekali. Kerana tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan. Setiap kali kebaikan yang diterimanya pasti ia merasagembira dan senang hati. Kebajikan yang berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, persaudaraan da perpaduan di kalangan umat Islam. Sedangkan ke semua unsure ini tidak saling bantu-membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.

d. Perlaksanaan ibadat samada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri kepada Allah SWT pasti akan terus sujud dan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.

Akhlak Khusus :

a. Menekankan pentingnya penunaian janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali, di mana penunaian janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi. Perasaan inilah yang memainkan peranan yang agak penting di dalam menyemai, menyubur dan menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.

b. Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan. Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.

c. Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah SWT sebagai merendah diri. Tawaduq dan hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah SWT melarang daripada sifat bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.

2)Ikhlas.
Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Alla SWT semata-mata, dalam segala laku perbuat yang telah sedang dan akan dilaksakan.

3)Amanah.
Amanah dalan ertikata memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya. Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah yang mesti dipelihara dan disempurnakan. (xxxxx,2017)

4)Belas Kasihan.

Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyrakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah SWT sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin. Kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah SWT sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah SWT Mereka juga dipelihara oleh Allah SWT daripada azab api neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan