Keprihatinan Sosial

                                                       Aspek Agama 


Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat.

Inti sari Piagam Madinah adalah seperti berikut:-

  • Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin; kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing. 
  • Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka.
  • Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
  • Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah.
  • Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT (al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk Madinah. 

Aspek Bahasa 

Pendidikan bermula be wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merukpakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam.Selain merujuk akal, perkataan nafiq juga merujuk pertuturan atau bahasa. Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasulullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut :- 
  • Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SW T.
  • Setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu, lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Bahaya lidah lebih menyakitkan daripada kesakitan yang dilakukan oleh tangan.
Aspek Adat Resam 

Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Hal ini mencakupi hal-hal seperti cara berpakaian, adab berbicara dan perbuatan yang tidak menyinggung perasaan. 

Aspek Pakaian 



Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti yang berikut :-
  • Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera.
  • Pakaian tidak melebihi buku lali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak.
  • Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya.
  • Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain.
  • Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.

Aspek Kegiatan Ekonomi



Peniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masvarakat terutamanya dalam masyarakat Islam. Oleh itu, Islam menggalakkan dan mengharuskan umatnya berniaga mengikut svariat Islam. Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti yang berikut :- 
  • Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi.
  • Bahan perniagaan mestilah baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat.
  • Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam.
  • Sumber kewangan yang halal.
  • Tujuan perniagaan atau bermuamalah adalah untuk mendapat keuntungan, meletakkan kepuasan pelanggan sebagai tujuan utama dan untuk peningkatan modal.
  • Matlamat perniagaan adalah untuk membina masvarakat bahagia dan diredai Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan