7 Okt 2020

Pengenalan

 Setiap umat islam bersaudara, persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah. Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk kepada orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung. persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan seterusnya(ibubapa) yang disebut sebagai keluarga tiri. 

     Menurut Mahmud Mohammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi melalui penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah, lahirnya ungkapan "saudaraku" atau "wahai saudaraku" apabila mereka memanggil orang yang dikenali. Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atau perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai "saudara seagama" atau "saudara disisi tuhan". Persaudaaran sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan dan keimanan.
     Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar ditandingi oleh persaudaraan darah (Mahmud Mohammad Babeli 2002). Contoh persaudaraan melalui akidah ialah tindakan Rasulullah S.A.W mempersaudarakan dua golongan, iaitu antara kaum muhajirim dan kaum ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini telah mendorong sesetengah orang dalam kalangan kaum Ansar untuk menawarkan kepada saudaranya (daripada kaum Muhajirin) perkongsian harta supaya dapat memilih salah seorang daripada kedua-dua orang isterinya agar boleh diceraikan oleh Si Ansar. Kemudian, isteri yang diceraikan itu dikahwini oleh saudaranya Si Muhajirin setelah perempuan itu habis tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada kerelaan hatinya sendiri. Islam menggesa umatnya memperkukuh hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan